My Loyal Followers

Tuesday, September 7, 2010

Lupakan kekasih lama



Mengapa hati ini begitu sukar untuk melupakan insan yang pernah bertakhta di hati, sedangkan sudah berbulan-bulan lamanya memutuskan hubungan cinta.

MANISNYA saat pertama kali mengenali hati si dia, apatah lagi mengenangkan kembali bibit-bibit cinta yang pernah diharungi bersama. Ketika itu, hidup ibarat tinggal di atas kayangan bersama si pari-pari dan sang putera raja. Indahnya sinaran mentari sehingga tidak dapat menjelaskan apa yang terungkai di hati.

Namun, semuanya sementara. Harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. “Mengapa kenangan lalu masih menghantui fikiran” dan “Adakah si dia juga merasai apa yang aku rasakan ketika ini”. Raya Aidilfitri kali ini pasti akan membuatkan diri ini berasa sunyi tanpa kehadirannya . Alangkah hibanya perasaan ini. Ya Allah, Engkau bantulah hambamu ini untuk mengharungi segala dugaan dan cabaran-Mu. Sesungguhnya kepada Engkaulah tempat aku mengadu dan Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


2 comments ヅ:

Fyzal said... [Reply to comment]

saya juga rasa begitu.

tulisan kemas said... [Reply to comment]

biasalah kak senior ble kite dh syg seseorg tu . susah nk lupa .. :((

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...