My Loyal Followers

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Monday, December 6, 2010

Amalan membaca ayat Kursi


Ila suka baca ayat Kursi. Tiap hari, lepas sembahyang and before tidur, ila akan selalu rajinkan diri untuk membaca ayat Kursi. Orang ckp, byk kelebihannya.
 Jom.., kita sama-sama hayati kelebihan membaca ayat Kursi dalam kehidupan seharian kita ;)

Ayat ini diturunkan setelah Hijrah.Semasa penurunannya, ianya diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya. Syaitan dan Iblis juga gempar kerana adanya satu perintang dlm perjuangan mereka. Rasulullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis dan menyebarkannya.
KELEBIHAN MEMBACA AYAT KURSI :
1) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang,setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,kejahatan manusia,binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga,anak-anak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
2) Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah”, sesiapa yang mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dgn berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya,dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
3)  Syeikh Abu Abbas ada menerangkan,sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,Insyaallah Allah akan memncerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
4)  Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud:”Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi,Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya”.
5)  Sabda Baginda lagi:”Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,Allah memeliharanya drp kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”.
6)  Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

Jgn lupa baca doa Awal Tahun & Akhir Tahun Hijriah semua :)



Selamat Menyambut Maal Hijrah semua :)


‎7 Disember 2010 adalah Awal Muharam. 
Jadi jgn lupe baca doa awal dan akhir tahun.
Semoga tahun akan datang lebih baik..insyaallah~

Ikhlaslah berdoa untuk kesejahtreraan diri dan umat Islam dunia akhirat, sempena awal Muharam ini, bukan untuk mendapatkan sesuatu. Insyallah Allah, Allah akan memberkatinya. Aaaaamiinn..

Saturday, December 4, 2010

Macam mana nak letak Kotak Blockquote Warna Pink dll.


Macam mana nak letak kotak pink mcm dekat page ila ni ? ahha, mule-mule pun ila tatawu pe sebnanye kotak pink ni. Tengok blog orang lain, mcm best je. Lawa bukan? :)
Selalunya orang pakai kotak ni sebab dye nak wat tutorial, nak senang tunjukkan code
for tutorial, or just nak highlight kan something. 
And korang tahu tak pe kebendenya kotak pink ni? 
Tu la dinamakan, BLOCKQUOTE. haha :)

Jom, ila ajar jom camne nak pakai kotak pink ni. Ooppps, i mean Blockquote :) 

1. Pergi ke Dashboard korang, then click Layout ==> Edit HTML ==> tick kotak Expand Widget Templates

2 Then tekan dekat keyboard button ctrol + f , type & cari word .post blockquote { highlite semua word bawah ini
.post blockquote {
margin:1em 20px;
}

3. Copy dan pastekan semua itu dengan code ini
.post blockquote {

background: #FFCC99;
-moz-border-radius-topleft: 10px;
-moz-border-radius-bottomright: 10px;
padding: 6px;
Border: 1px solid #ff0d62;

margin:1em 20px;
}
 
4.Take note !

background: #FFCC99;
Border: 1px solid #ff0d62;

Korang boleh tukar dekat tulisan merah tu, so that korang boleh letak warna yang korang nak . Kalau korang tak tahu nak letak kaler pe, pergi dekat LINK ni .
Dekat tulisan hijau tu, korang boleh setkan line macam mane korang nak untuk jadikan borde kotak tu. Korang boleh pilih solid,dotted,or dashed.
Yang kaler biru tu pulak, korang boleh setkan ketebalan line border kotak blockquote. Letak la, 1px ke, 2px ke, and ikot suka hati korang la berapa angka korang nak letak
solid adalah garisan lurus. contoh ___________
dotted adalah garisan titik² contoh .........................
dashed adalah garisan putus² contoh _ _ _ _ _ _ _

5.Then, tekan laju-laju dekat button SAVE

6. Pergi New post ==> then tulis lah sesuatu kemudian highlite semua word anda kemudian tekan button ni :

UPDATE

KALAU korang tak jumpa code blockquote, jangan risau, korang boleh terus copy code yang di beri dan paste kan dia sebelum
]]></b:skin>

Oke, tu je ! Siap dah ! haha, complicated tak? Ila rasa tak, ni simple punye code je, tak kaco byk pun.

So ape lg? Pergi la try ye :) Goodluck !

p/s : Credit to Liyana Lunia 


Friday, December 3, 2010

Tips untuk menghilangkan kelemumur

Kelemumur ni nampak je kecil, tapi impaknya sangat besar! Bagi yang dah pernah alami, masalah kelemumur ni boleh mempengaruhi diri kan terutamanya keyakinan diri. Nak jumpa orang pun macam tak yakin lepas tu malu kan? Oh ye, selalunya masalah kelemumur ni berlaku kepada lelaki. Kadang-kadang sampai nak berhadapan dgn girlfren pun malu kan?. Especially kalo dah kene tegur dengan girlfren sendiri :P


Mule-mule kita tgk dlu ape tu kelemumur, jom !

Apa itu kelemumur?
  1. Kelemumur adalah keadaan di mana kulit kepala yang mati dan kering mengelupas secara berlebihan 
  2. Lapisan permukaan kulit kepala yang normal akan diperbaharui setiap 28 hari 
  3. Dalam keadaan kelemumur, kulit kepala akan tumbuh dengan cepat dan diperbaharui setiap 11 hari 
  4. Pertumbuhan kulat seperti yis yang berlebihan di atas kulit kepala, boleh menyebabkan
  5. bertambahnya pembentukan kelemumur


Faktor-faktor lain yang menyumbangkan kepada pembentukan kelemumur ialah:
o Jarang bersyampu atau tidak membilas rambut dengan sempurna
o Penggunaan penyembur rambut atau gel yang terlalu kerap
o Penggunaan pewarna rambut yang tidak betul
o Pengeluaran minyak yang berlebihan
o Perubahan hormon
o Tekanan perasaan
o Daya imuniti yang rendah

Tapi jangan risau, ada cara yang boleh kita lakukan untuk elakkan daripada tumbuhnya salji (kelemumur) ini, iaitu :


:1 Elakkan tekanan. Tekanan boleh mempengaruhi masalah kesihatan dan secara kesuluruhan boleh memperbanyakkan lagi kelemumur yang sedia ada. Aiyok.

:2 Kurangkan penggunaan produk rambut. Penyembur rambut, gel atau ‘hair waxes’ yang terlalu kerap boleh membuatkan kulit anda berminyak.

:3 Syampu. Syampu rambut anda dengan kerap sekiranya kulit kepala anda berminyak

:4 Sinaran matahari. Haa jangan tak tahu sinaran matahari pun dapat kirangkan kelemumur tau. Luangkan masa bersiar-siar seketika. Tapi, jangan terlalu lama kerana ia boleh merosakkan kulit dan meningkatkan risiko kanser kulit.

:5 Pastikan rambut sentiasa kelihatan kemas. Rambut yang serabut dan tidak terurus boleh menjurus timbulnya kelemumur.

Semoga ianya membantu dan selamat mencuba! :)



p/s : post kali ni ditujukan khas untuk Naqiuddin Razalini, haha , jgn mara :P



Autopost your new blog entries to Facebook through RSS Graffiti



Salam. Korang ingat lagi tak before ni, ila ada wat tutorial about  Autopost entri blog korang through Facebook notes ?

Ingat tak? haha, i've found that tiba-tiba ada problem pulak dgn autoupdate kat facebook tu. Thanks to Kak Wani @ Mizz Butterfly yang telah mencuba tutorial tersebut, dan bagi feedback kat ila mengenai problem autoupdate tersebut :)

So kali ni, ila dah jumpa cara kedua nak promosikan blog you all through facebook. Nak tahu caranya ? Jom, kita kenali RSS Graffiti.

RSS Graffiti merupakan salah satu aplikasi yang ada di facebook. Setiap kali korang update blog, aplikasi ini akan postkan link entri terbaru korang tu dekat facebook. Korang boleh setkan nak postkan link tu dekat page korang, dekat wall korang. 
Secara tak langsung, aplikasi ni akan memudahkan korang untuk mempromosikan blog korang and get immediate feedback dari rakan-rakan di facebook :)





Cara Import Feed Blog Ke RSS Graffiti sangat mudah, yang pasti korang kene ada Facebook, jom kita tengok caranya:
  1. Login dulu ke Profile korang kat Facebook 
  2. Lepas tu, tekan laju-laju pergi ke link berikut http://www.facebook.com/RSS.Graffiti 
  3. Tekan Go To Application, lepas tu baca instruction dia.


  4. Klik Add Feed dan masukkan feed Blog korang dekat Kotak Feed URL, Contoh: http://surayafadhilah.blogspot.com/


  5.  Lepas dah masukkan Feed URL, jangan lupa click here to fetch and preview untuk memastikan feed blog korang berfungsi, dan secara automatiknya, Feed URL korang tadi akan bertukar.
    Contoh : Daripada http://surayafadhilah.blogspot.com/ kepada http://surayafadhilah.blogspot.com/feeds/posts/default .

  6. Lepas tu, korang isi Kotak Source Name dan Kotak Source Url. Kotak Source Name tu, letak Title Blog korang la kiranya.
    Contoh: Iela|Dlm|Diam . Kotak Source Url pula, letak website blog korang.
    Contoh: http://surayafadhilah.blogspot.com/ 


  7. Setelah Selesai, Klik Save Button.

  8. Dekat area RSS Graffit, pastikan dekat sebelah foto profil korang ada tulis  Status: Configured


  9. Nanti, bila korang dah post something dekat blog korang, everytime korang post, akan kelihatan mcm ni dekat wall korang: 

So, thats all tutorial dari ila buat masa ni. If korang ada problem mengenai tutorial ni, jgn segan-segan, drop ur questions kat Shoutbox or Komen this Tutorial oke? 

Selamat Mencuba :)


Tuesday, November 30, 2010

Potong kuku ikut Sunnah Nabi


 sambungan daripada post yang lepas :)
(tiba-tiba berminat pulak dgn kuku , ahha)


Perlu diketahui bahawa memotong kuku adalah amalan sunat.

Berkata Saidatina Aisyah bermaksud:
Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur.
(Riwayat Muslim).


Dari Anas bin Malik bermaksud:
Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.
(Riwayat Muslim).


Menurut Imam Shafie:
Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.


Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.
(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).

RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.

Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.

Mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan.
Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini.


MENURUT SEBUAH KITAB JAWA (Primbon)
Janganlah memotong kuku pada hari Sabtu, karena akan mendatangkan halangan atau rintangan bagi anda.
Janganlah memotong kuku pada hari Ahad, karena akan mendapat bencana,
Janganlah memotong kuku pada hari Isnin, karena akan ada orang yang dengki atau irihati,
Potonglah kuku pada hari Selasa karena akan disukai orang banyak.
Potonglah kuku pada hari Rabu karena akan membawa keselamatan dan perlindungan dari Tuhan.
Potonglah kuku pada hari Khamis dan anda akan mendapat rezeki.
Potonglah kuku pada hari Jumaat karena akan membuat anda disukai dan dicintai orang.

Sumber : sumber: http://www.primbon.com

 

SEELOK-ELOKNYA POTONGLAH KUKU PADA HARI KHAMIS ATAU JUMAAT



Peringatan untuk si penyimpan kuku dan si pemakai cincin !




Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi nak pakai cincin pun ada cara nya. Jom kita usha cara yang betul nak pakai cincin ikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.


The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
 Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.


Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.


Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari :
1) Jari manis
2) jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari :
1) Jari tengah
2) Jari telunjuk

Nabi Muhammad S.A.W melarangnya kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.


Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.




p/s: saudara dan saudari,
sila nasihatkan kawan-kawan
dan juga saudara- mara ataupun
anak-anak tentang kaedah yang
betul untuk berhias di dalam
syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja
 kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw.





Wednesday, November 24, 2010

40 Things Girls Wish Guys Knew !



1. Don’t tell us when you think other girls are hot.
- Bagi tahulah kalau nak kena belasah!!

2. Whenever possible, please say whatever you have to say duringcommercials before we get bored.
- Yelah, best sangat ke apa yang anda nak cakap tu berbanding drama “Bawang Merah Bawang Putih” kami?

3. Mark anniversaries on the calendar.
- Abang lupa,abang tidur luar malam ini!hehe

4. We think about you all the time.
- Lagi-lagi ketika kami sedang dingorat lelaki lain & tertanya-tanya “mana boyfriend aku ni, tak takut ke kalau aku kena kebas??”

5. This is how we see it: Don’t call = Don’t care.
- Dan, jangan terkejut lak kalau lepas itu kami keluar dengan laki lain.

6. Which also means that if we don’t call, take a hint.
-Lagi terang & bersuluh yang kami MERAJUKLAH itu!

7. We like you to be a little jealous. But overly possessive is not necessary.
- Yer saya tau awak sayang saya…

8. We’re allowed to be late. You’re not.
- Kami nak mekap, nak pilih kasut lagi. Semestinya warna baju n kasut kena SEDONDON! Selagi tak ada, asyik bertukar je la! Laki?Takkan nak pakai mekap kot?

9. Eye contact is the key.
- Dari mata turun ke hati. Tapi, bukan pandang perempuan lain sampai terjojol biji mata!! Karate karang!

10. Don’t take longer to get ready than we do.
- Sekali lagi, pakai mekap ke bang..??

Saturday, November 20, 2010

KACANG SOYA MENGALIH KITA DARI PEMAKANAN SUNNAH??
WAJAH HITAM KACANG SOYA!!


benarkah ?

Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita. 

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

  • Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
  • Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
  • Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

Friday, November 19, 2010

Things Women and Men Should Know


         
Perempuan  perlu tahu yang lelaki:
  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
  6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!
  12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
  14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
  16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
  19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan


Tapi kenapa susah sgt nak paham lelaki ?
Even lelaki pun susah nk paham ila. 
Mana tak nya? ila pun tak paham diri ila sendiri , haha :P 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...