benarkah ? |
Nabi SAW mengamalkan
pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah
dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg
baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan
matlamat untuk melariskan barangan mereka.
Kita selalu
digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi
nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya.
Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang
berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.
Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:
- Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
- Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
- Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
Kajian
menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai
hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil
berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development
(mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).
FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!
Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).
(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)
(2
: komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom
menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan
mengurangkan risiko penyakit jantung.)
Walaubagaimanapon,
kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang
soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang
lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam
dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain,
kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai
kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.
Kacang
soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin
dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses
memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini.
Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric,
kekurangan protein dan asid amino.
Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’
yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya.
Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding
kekacang lain.
(3 : phytic acid mampu
menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat
besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia
Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan
mineral-mineral tersebut dalam badan.)
Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan
perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat
kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian.
Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah
tempe.
(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)
Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupUn sedikit.
Keadaan
ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu
berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu
lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang
disangka.
Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains &
Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik
kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu
keadaan yang berbahaya.
Satu kajian makmal dibuat ke atas
tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone
estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus
makmal.
Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana
ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan
wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar
lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.
FAKTA: Dikatakan,
bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen
dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil
perancang dalam sehari! Pergh!
FAKTA:
Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah
30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada
peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.
Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.
MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT
Wallahu a'lam
2 comments ヅ:
nice info :)
xpe.xpe...sy x suka soya...haha
@lurunna : mslhnya sy amat suka minom soya ! wuwu ~~
x ley minom slalu la pasni nmpknye :(
Post a Comment