My Loyal Followers

Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Saturday, January 29, 2011

Bersanggul itu tidak dibernarkan. Betul ke?


Sejak kebelakangan ni muncul fesyen baru iaitu bersanggul dalam tudung. Dan tak dinafikan, ramai wanita di luar sana yang menggemarinya. Namun, ada hadis yang mengatakan di akhir zaman terdapat wanita-wanita yang memperagakan rambutnye seperti bonggol unta, x terkecuali yg bertudung. Dan mereka ini antara yang dilaknat. Ulama' muktabar sudah mengeluarkan fatwa, redha dan kaji dalill yang diberikan, insya-Allah.


Tidak salah untuk bersanggul, tapi diingatkan agar sanggul itu biarlah direndahkan, bukan sengaja ditinggikan, mahupun memakai sanggul palsu :)

Untuk maklumat lebih lanjut, jgn segan silu, sila lawati laman ini ;)

Monday, December 6, 2010

Amalan membaca ayat Kursi


Ila suka baca ayat Kursi. Tiap hari, lepas sembahyang and before tidur, ila akan selalu rajinkan diri untuk membaca ayat Kursi. Orang ckp, byk kelebihannya.
 Jom.., kita sama-sama hayati kelebihan membaca ayat Kursi dalam kehidupan seharian kita ;)

Ayat ini diturunkan setelah Hijrah.Semasa penurunannya, ianya diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya. Syaitan dan Iblis juga gempar kerana adanya satu perintang dlm perjuangan mereka. Rasulullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis dan menyebarkannya.
KELEBIHAN MEMBACA AYAT KURSI :
1) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang,setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,kejahatan manusia,binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga,anak-anak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
2) Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah”, sesiapa yang mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dgn berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya,dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
3)  Syeikh Abu Abbas ada menerangkan,sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,Insyaallah Allah akan memncerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
4)  Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud:”Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi,Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya”.
5)  Sabda Baginda lagi:”Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,Allah memeliharanya drp kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”.
6)  Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

Jgn lupa baca doa Awal Tahun & Akhir Tahun Hijriah semua :)



Selamat Menyambut Maal Hijrah semua :)


‎7 Disember 2010 adalah Awal Muharam. 
Jadi jgn lupe baca doa awal dan akhir tahun.
Semoga tahun akan datang lebih baik..insyaallah~

Ikhlaslah berdoa untuk kesejahtreraan diri dan umat Islam dunia akhirat, sempena awal Muharam ini, bukan untuk mendapatkan sesuatu. Insyallah Allah, Allah akan memberkatinya. Aaaaamiinn..

Saturday, December 4, 2010

Salahkah aku ingin bertudung?



DITAMPAR BAPA SENDIRI HANYA KERANA INGIN MEMAKAI TUDUNG

 
Ceritanya bgini...

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Tuesday, November 30, 2010

Potong kuku ikut Sunnah Nabi


 sambungan daripada post yang lepas :)
(tiba-tiba berminat pulak dgn kuku , ahha)


Perlu diketahui bahawa memotong kuku adalah amalan sunat.

Berkata Saidatina Aisyah bermaksud:
Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur.
(Riwayat Muslim).


Dari Anas bin Malik bermaksud:
Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.
(Riwayat Muslim).


Menurut Imam Shafie:
Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.


Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.
(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).

RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.

Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.

Mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan.
Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini.


MENURUT SEBUAH KITAB JAWA (Primbon)
Janganlah memotong kuku pada hari Sabtu, karena akan mendatangkan halangan atau rintangan bagi anda.
Janganlah memotong kuku pada hari Ahad, karena akan mendapat bencana,
Janganlah memotong kuku pada hari Isnin, karena akan ada orang yang dengki atau irihati,
Potonglah kuku pada hari Selasa karena akan disukai orang banyak.
Potonglah kuku pada hari Rabu karena akan membawa keselamatan dan perlindungan dari Tuhan.
Potonglah kuku pada hari Khamis dan anda akan mendapat rezeki.
Potonglah kuku pada hari Jumaat karena akan membuat anda disukai dan dicintai orang.

Sumber : sumber: http://www.primbon.com

 

SEELOK-ELOKNYA POTONGLAH KUKU PADA HARI KHAMIS ATAU JUMAAT



Peringatan untuk si penyimpan kuku dan si pemakai cincin !




Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi nak pakai cincin pun ada cara nya. Jom kita usha cara yang betul nak pakai cincin ikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.


The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
 Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.


Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.


Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari :
1) Jari manis
2) jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari :
1) Jari tengah
2) Jari telunjuk

Nabi Muhammad S.A.W melarangnya kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.


Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.




p/s: saudara dan saudari,
sila nasihatkan kawan-kawan
dan juga saudara- mara ataupun
anak-anak tentang kaedah yang
betul untuk berhias di dalam
syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja
 kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...