My Loyal Followers

Friday, December 3, 2010

Tips untuk menghilangkan kelemumur

Kelemumur ni nampak je kecil, tapi impaknya sangat besar! Bagi yang dah pernah alami, masalah kelemumur ni boleh mempengaruhi diri kan terutamanya keyakinan diri. Nak jumpa orang pun macam tak yakin lepas tu malu kan? Oh ye, selalunya masalah kelemumur ni berlaku kepada lelaki. Kadang-kadang sampai nak berhadapan dgn girlfren pun malu kan?. Especially kalo dah kene tegur dengan girlfren sendiri :P


Mule-mule kita tgk dlu ape tu kelemumur, jom !

Apa itu kelemumur?
  1. Kelemumur adalah keadaan di mana kulit kepala yang mati dan kering mengelupas secara berlebihan 
  2. Lapisan permukaan kulit kepala yang normal akan diperbaharui setiap 28 hari 
  3. Dalam keadaan kelemumur, kulit kepala akan tumbuh dengan cepat dan diperbaharui setiap 11 hari 
  4. Pertumbuhan kulat seperti yis yang berlebihan di atas kulit kepala, boleh menyebabkan
  5. bertambahnya pembentukan kelemumur


Faktor-faktor lain yang menyumbangkan kepada pembentukan kelemumur ialah:
o Jarang bersyampu atau tidak membilas rambut dengan sempurna
o Penggunaan penyembur rambut atau gel yang terlalu kerap
o Penggunaan pewarna rambut yang tidak betul
o Pengeluaran minyak yang berlebihan
o Perubahan hormon
o Tekanan perasaan
o Daya imuniti yang rendah

Tapi jangan risau, ada cara yang boleh kita lakukan untuk elakkan daripada tumbuhnya salji (kelemumur) ini, iaitu :


:1 Elakkan tekanan. Tekanan boleh mempengaruhi masalah kesihatan dan secara kesuluruhan boleh memperbanyakkan lagi kelemumur yang sedia ada. Aiyok.

:2 Kurangkan penggunaan produk rambut. Penyembur rambut, gel atau ‘hair waxes’ yang terlalu kerap boleh membuatkan kulit anda berminyak.

:3 Syampu. Syampu rambut anda dengan kerap sekiranya kulit kepala anda berminyak

:4 Sinaran matahari. Haa jangan tak tahu sinaran matahari pun dapat kirangkan kelemumur tau. Luangkan masa bersiar-siar seketika. Tapi, jangan terlalu lama kerana ia boleh merosakkan kulit dan meningkatkan risiko kanser kulit.

:5 Pastikan rambut sentiasa kelihatan kemas. Rambut yang serabut dan tidak terurus boleh menjurus timbulnya kelemumur.

Semoga ianya membantu dan selamat mencuba! :)



p/s : post kali ni ditujukan khas untuk Naqiuddin Razalini, haha , jgn mara :P



0 comments ヅ:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...