My Loyal Followers

Tuesday, June 29, 2010

P to FULL



ahha, yeahhhh ! at last i I got my FULL DRIVING LICENSE !

wuhuuuu~ hari ni pergi renew lesen P ke FULL , akhirnya hari yang dinanti-nantikan dah tiba !

actually ila tak reti sangat pun driving. ahha, kalau bawa kereta AUTO tu boleh la. tapi MANUAL? harapan la nak bawa, if dekat-dekat, macam nak ke kedai tu boleh la, ngeee .. :P

oke, hari ni ila pergi JPJ cawangan Bangi dengan Naqiuddin lepas zohor. Mak aihhhh , ramai nye manusia ! Hari isnin ni pun ramai orang ke? sampai kene tuggu sejam lebih ! Nombor giliran ila 14084, tp time ila sampai sana, br nombor 14000 ! lagi 80 org kene tggu! perot da la berkeroncong, dengan PMS nye lg ! nasib baik ade PANADOL Menstrual , hahaha ~

Bila da sampai kaunter, bukan main kejap je siap. Tak sampai 10 minit! tunggu nye bukan main lama. Kalau ila tahu, baik ila ngn aqi singgah McD terdekat, boleh la makan Mc Value Lunch, haha ~ 
Tapi tak sempat lak. setel semua bende pukul 3 lebeh. mmg harapan la nk dpt Mc Value Lunch. Nak tak nak kami pergi juga McD, normal price je la. Ngeeee ..

Oke, ni la dia lesen lama & lesen baru ila,  

(gambar senget :P)
ohhh ye, my new address, Gombak switch to BTHO,Cheras

MUKA nampak makin MATURED tak? haha

p/s : aqi, thanks for keep accompanying me wherever i wanna go, heee :)
& thanks also mainkan lagu 'YOUR GUARDIAN ANGEL" dgn gitar u, 
ohhh ye, tak lupa juga coklat Cadbury & panadol menstrual, haha



Monday, June 28, 2010

FIFA website fails to tell users Lampard’s “goal” was over the line



What else is new. FIFA will never admit any wrongdoing on the part of a referee or anyone who works for them, nor will they let any comment on the site call a decision into question. By the way, GERMAN players played really NICE !

p/s: eventhough i'm not ENGLAND fans, but where is the justice?
(SPAIN & BRAZIL will always be in my heart, go go!!) 

No more WANTING and WAITING


♥ the feeling of wanting and waiting for someone is painfull and make me sick. therefore, im not gonna be wanting neither waiting anymore longer, coz it juz wont be real and fair to me
( i'm moving on, by rascal flatts )
Thank you indeed for making my life miserable ;) 

Saturday, June 26, 2010

Nasihat buat kekasih yang tidak tahu menghargai


Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup. Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.... Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa... Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu kecewa meninggalkannya..Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya.... Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu.. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain...Kamu juga yang akan menyesal....

p/s : ohhh yeah, mmg betul dituju khas kepada Kholis Abrar,Naqiuddun Razalini & me myself :)


Friday, June 25, 2010

Doa seorang 'BEKAS KEKASIH'


 
Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku dapat merasai kebahagiaan
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat

  Ya Tuhanku yang Maha Pemurah,
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa 
Ku pasrah kepadaMu 

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu 
Ya Allah, padaMU ko mohon segala.

Thursday, June 24, 2010

To INFINITY @ BEYOND ! -favicon-


Oke, tadi tengok TOY STORY 3 3D, makkkk aihhhh ! mahal nya tiket wayang, seorang je dah RM19!! Nasib baik berbaloi tengok. Ila bagi 4 bintang dari 5 bintang! I LIKE ! haha. Ingatkan mula-mula nak tengok KARATE KID, yela.. kan hari Rabu kan? So confirm wayang murah. Tapi FULL la pula. Ish ish, cerita ni dah keluar 2 minggu lebih pun FULL lagi? Kalau camni la gaya nya, entah bila la dapat tengok. Lagi seminggu lebih nak masuk semester baru dah, kene balik UiTM Perak, waaaaa ~ Dah la kat sana ila ni jarang keluar Ipoh, budak NERDY la katakan, haha :P 


Oh yeee, korang perasan tak ila ada letak FAVICON kat sebelah address bar ila kat atas tu ? Nampak tak? Yang simbol SF Star tuuuuu, kelip-kelip neon pink tu la, haaaaaa, betul la tuhhh . Ngeee :) lawa tak ? Thanks to Naqiuddin Razalini kerana sudi meng-Design kan nya. (design je la, code-code semua tu ila yang buat sendiri :P)
  

Mula-mula tu agak pening juga la, macam mana la nak buat gamba dekat sebelah address bar tu. Tengok blog orang lain, majoriti semuanya ada FAVICON. So, tengah BLOGWALKING dekat blog-blog orang, terjumpa la seorang manusia ni post TIPS MENJENAMAKAN BLOG ANDA . Credit to abg ariff kerana telah berjaya membuatkan ila tertarik dengan post dia yang ni. Last-last ila try,dan akhirnya berjaya la ila buat FAVICON ila sendiri :)Kalau korang nak buat favicon korang sendiri, boleh la try masok laman web yang ila bagi tu. And if korang nak tahu lebih lanjut mengenai favicon,cuba baca post abang ariff. Maybe ramai yang dah tahu kot, ila je yang baru nak ambil tahu, haha . Maklumlah, orang baru di blog ni, tak sampai pun 2 bulan lagi, so banyak yang nak kene discover :D 



Oh ye, perasan tak, ila pun da start buat watermark dekat picture? heee.., simple-simple je la dulu :D . Oke la, tu je kot post entri ila buat kali ni. Later ila post lagi . Salam !


p/s : thanks to naqiuddin@aqi kerana belanja ila wayang hari ni :) esok kita pergi the CURVE pula ye, tengok Karate Kid? Insya Allah :)







Tuesday, June 22, 2010

Jadi famous sekejap di blog orang :)


ahha, lawak la ko Syak. Terima kasih la ye kerana sanggup buat post mengenai diri ini. Tolong sikit-sikit je. Belajar slow-slow oke? ahhha :))

 

 Dan juga tidak lupa kepada Syed Kaled,Hasiib,Ana,Emma,Miwa kerana telah me-MENTIONED kan nama ila di blog korang, TERHARUUUU beyb.. !
dan ada yang tak disebut nama tu, terima kasih bangat :)

 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...