Suami
saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi
dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika
bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa
pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah,
alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang
menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar
sensitif serta berperasaan halus.
Saya merindui saat-saat
romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian
ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami
saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan
ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam
perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang
ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya
kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya
dengan nada terkejut.
“Siti letih, Abang tidak pernah cuba
memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang
malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan
sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah,
seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi
yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
“Siti
ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti
akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga
cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang
memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan
lakukan untuk Siti?”
Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan
paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas
dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat
yang bertuliskan. ..
‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil
bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.”
Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus
ingin membacanya.
“Siti boleh mengetik di komputer dan
selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan
monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu
Siti untuk memperbaiki program tersebut.”
“Siti selalu
lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan
kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti
ketika pulang.”
“Siti suka jalan-jalan di shopping
Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat
baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai
ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”
“Siti
selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap
bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan
mengurut kaki Siti yang sengal itu.”
“Siti lebih suka
duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan
Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah
atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang
Abang alami.”
“Siti selalu menatap komputer, membaca buku
dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata
Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan
kukumu dan memandikanmu. “
“Tangan Abang akan memegang
tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan
pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah
seperti cantiknya wajahmu.”
“Tetapi sayangku, Abang tidak
akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup
melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”
“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”
“Untuk
itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata
Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari
tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”
Airmata
saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur,
tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
“Dan
sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati
dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah
ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di
luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati,
sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan
Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila
Siti bahagia.”
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu
yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan
melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya
memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu,
tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai
saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur
hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan
cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir
dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba
kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)
p/s : ini bukan kisah saya ye , harap maklum , haha , UNTUK PENGAJARAN SEMUA :)